[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 98

Bab 98 – Sunnahnya Berpergian Ke Shalat Hari Raya, Meninjau Orang Sakit, Haji, Peperangan, Janazah, Dan Lain-lain Sebagainya Dari Satu Macam Jalan Dan Kembali Dengan Melalui Jalan Yang Selain Waktu Perginya Itu Kerana Memperbanyakkan Tempat Ibadat

716. Dari Jabir r.a., katanya: “Nabi s.a.w. itu apabila hari raya – yakni ketika pergi untuk shalatul’id, maka beliau menyalahi jalan.” (Riwayat Bukhari)

Ucapannya: “Khalafath thariqa”: menyalahi jalan ertinya ialah bahawa perginya melalui jalan yang satu sedang pulangnya melalui jalan lainnya lagi – bukan jalan waktu perginya tadi.

717. Dari Ibnu Umar radhialiahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu keluar – dari Madinah – dari jalan Asysyajarah -yang di situ ada masjid Dzulhulaifah – dan masuk – yakni pulangnya -dari jalan Almu’arras – yang di situ ada masjid Almu’arras. Dan jikalau beliau s.a.w. masuk Makkah maka beliau itu masuk dari jalan Tsaniyyah Ulya – yang merupakan suatu jalan sempit antara dua buah bukit – dan keluar dari jalan Tsaniyyah Sufla – atau yang disebut Asysyabikah.” (Muttafaq ‘alaih)

Nota kaki:

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *