[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 96

Bab 96 – Mohon Dirinya Seseorang Sahabat Dan Memberikan Wasiat Padanya Ketika Hendak Berpisah Dengannya Kerana Berpergian Atau Lain-lainnya. Mendoakannya Serta Meminta Doa Daripadanya (Supaya Didoakan Olehnya)

Allah Ta’ala berfirman:

“Dan dengan itu pula – yakni supaya menjadi orang yang bulat-bulat menyerahkan diri kepada Allah – Ibrahim berwasiat kepada anak-anaknya dan juga Ya’qub. Ujar mereka: “Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu semua maka janganlah engkau semua mati, melainkan engkau semua menetapi Agama Islam.

Adakah engkau semua hadhir ketika Ya’qub didatangi oleh kematian, ketika ia mengatakan kepada anak-anaknya: “Apakah yang engkau semua sembah sepeninggalku nanti?” Mereka menjawab: “Kita semua menyembah Tuhanmu dan Tuhannya nenek moyangmu. iaitu Ibrahim, Ismail dan Ishaq yakni Tuhan yang Maha Esa dan kita semua menjadi pemeluk Agama Islam – yakni menyerahkan diri bulat-bulat kepada Tuhan.” (al-Baqarah: 132-133)

Adapun Hadis-hadisnya, di antaranya ialah Hadis Zaid bin Arqam r.a. yang telah dihuraikan lebih dulu dalam bab Memuliakan ahli baitnya Rasulullah s.a.w., katanya: “Rasulullah s.a.w. pernah berdiri berkhutbah kepada kita, beliau bertahmid serta memuji kepada Allah, lalu menasihati dan memberi peringatan, kemudian bersabda:

“Amma ba’du, ingatlah wahai sekalian manusia, hanyasanya saya ini adalah seorang manusia, hampir sekali saya didatangi oleh utusan Tuhanku – yakni malakulmaut, kemudian saya harus mengabulkan kehendakNya – yakni diwafatkan. Saya meninggalkan dua benda berat- agung – iaitu pertama Kitabullah yang di dalamnya ada petunjuk dan cahaya. Maka ambillah – amalkanlah – dengan berpedoman kepada Kitabullah itu dan peganglah ia erat-erat.” Jadi Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk berpegang teguh serta mencintai benar-benar kepada Kitabullah itu.

Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: “Dan juga ahli baitku -keluargaku. Saya memperingatkan kepadamu semua untuk bertaqwa kepada Allah dalam memuliakan ahli baitku itu.”

Diriwayatkan oleh Imam Muslim. Di muka sudah diterangkan selengkapnya yang panjang. Lihat Hadis no. 345.

710. Dari Abu Sulaiman yaitu Malik bin al-Huwairits r.a., katanya: “Kita semua mendatangi Rasulullah s.a.w. dan kita semua adalah para pemuda yang hampir berdekatan saja usianya. Kita semua bermukim di sisi beliau s.a.w. selama dua puluh malam -untuk belajar ilmu pengetahuan agama. Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang kasih sayang serta lemah-lembut. Beliau mengira bahawa kita semua telah rindu kepada keluarga kita, lalu bertanya kepada kita tentang siapa-siapa dari keluarga kita itu yang kita tinggalkan. Kitapun memberitahukannya tentang hal itu. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: “Kembalilah kini kepada keluargamu masing-masing, berdiamlah di dalam lingkungan mereka, berilah mereka pelajaran, perintahlah mereka – melakukan ketaatan, juga bersembahyanglah engkau semua shalat ini pada waktu begini dan shalat ini pada waktu begini – yakni shalat lima waktu. Jikalau waktu shalat sudah tiba, maka hendaklah seseorang di antara engkau semua itu membunyikan azan dan hendaklah menjadi imammu semua itu orang yang tertua dari engkau semua.” (Muttafaq ‘alaih) Imam Bukhari menambahkan dalam riwayatnya: “Rasulullah juga bersabda lagi: “Dan bersembahyanglah engkau semua itu sebagaimana engkau semua melihat cara saya bersembahyang.”

Ucapannya: Rahiman rafiqan, diriwayatkan dengan fa’ dan qaf -sebagaimana di atas, juga diriwayatkan dengan dua qaf – lalu berbunyi raqiqan yang ertinya halus perasaannya.

711. Dari Umar bin al-Khaththabab r.a.,katanya: “Saya meminta izin kepada Nabi s.a.w. untuk melakukan umrah lalu beliau s.a.w. bersabda: “Jangan engkau lupa untuk mendoakan kita, hai saudaraku.” Beliau telah mengucapkan sesuatu kalimat yang saya tidak merasa senang memperolehi seisi dunia ini sebagai gantinya -maksudnya bahawa kalimat yang disabdakan oleh beliau s.a.w. kepada Umar r.a. yakni meminta didoakan dalam umrahnya nanti, dianggap amat besar nilainya melebihi nilai dunia dan seisinya.

Dalam riwayat lain disebutkan: “Nabi s.a.w. bersabda: “Sertakanlah kita, hai saudaraku dalam doamu itu!”

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

712. Dari Salim bin Abdullah bin Umar bahawasanya Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma berkata kepada seseorang ketika ia hendak berpergian: “Mendekatlah padaku sehingga saya dapat mengamanatkan sesuatu padamu sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengamanatkan sesuatu pada kita – kalau kita hendak pergi. Beliau s.a.w. bersabda: “Saya menyerahkan kepada Allah akan agama dan amanat saudara serta semua akhir amalan saudara.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

713. Dari Abdullah bin Yazid al-Khathmi as-Shahabi r,a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu apabila hendak mengucapkan selamat jalan pada sepasukan tentera, beliau bersabda: “Saya menyerahkan kepada Allah akan agamamu semua, amanatmu serta semua akhir amalanmu.”

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan lain-lain dengan isnad shahih.

714. Dari Anas r.a., katanya: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah, saya hendak berpergian, maka berilah bekal kepada saya.” Beliau s.a.w. bersabda: “Semoga Allah memberikan bekal ketaqwaan padamu.” Orang itu berkata lagi: “Tambahkanlah-doa-untukku!” Beliau s.a.w. bersabda: “Dan semoga Allah memberi pengampunan padamu.” Ia berkata lagi: “Tambahkanlah untukku!” Beliau s.a.w. bersabda pula: “Juga semoga Allah memberikan kemudahan padamu untuk memperolehi kebaikan di mana saja engkau berada.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Nota kaki:

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *