[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 84

Bab 84 – Malu Dan Keutamaannya Dan Menganjurkan Untuk Berakhlak Dengan Sifat Malu Itu

679. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu – yakni malu mengerjakan kejahatan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan.” (Muttafaq ‘alaih)

Keterangan:

Malu itu ada yang baik dan ada yang jelek. Malu menjalani sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan atau umumnya larangan agama atau hal-hal yang syubhat adalah terpuji dan sangat baik. Tetapi malu menjalankan ketaatan kepada Allah, misalnya malu bersembahyang kerana baru saja menyedari kebenaran beragama, malu pergi ke masjid, malu kalau tidak suka diajak berdansa , malu kalau menolak berjabatan tangan dengan wanita (bagi seorang lelaki), semuanya itu adalah tercela dan tidak ada kebaikannya sama sekali.

Dalam hal ini ada sebuah Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari yang diterima dan’ Abu Mas’ud iaitu Uqbah al-Anshari, mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya di antara hal-hal yang ditemui (didapatkan) dari ucapan kenubuwatan yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki.”

Adapun Hadis di atas itu mengandungi pengertian sebagai ancaman atau untuk menakut-nakuti pada seseorang yang hendak berbuat semahu-mahunya. Jadi maksudnya ialah: “Kalau kamu tidak malu kepada Allah dalam melakukan kemungkaran dan kemaksiatan itu, terserahlah, kamu boleh melakukan apa-apa yang kamu inginkan dan sesuka hati mulah. Tetapi ingatlah bahawa setiap sesuatu itu ada balasannya, baik di dunia atau pun di akhirat.”

Ada pula sebahagian alim-ulama yang berpendapat bahawa maksud Hadis di atas itu adalah untuk menunjukkan kebolehan sesuatu kelakuan. Jelasnya: “Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, sekiranya kamu tidak malu kepada Allah dan para manusia, sebab memang bukan larangan agama, baik sajalah kamu lakukan. Tetapi sekalipun agama membolehkan, kalau kamu malu, tidak kamu lakukan pun baik juga jikalau hal itu termasuk sesuatu jawaz (yakni bukan hal yang wajib atau sunnah). Jadi baik dilakukan atau ditinggalkan sama saja bolehnya.”

680. Dari Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Muslim disebutkan: “Sifat malu itu baik seluruh akibatnya.” Atau beliau s.a.w. bersabda: “Malu itu semuanya baik akibatnya.”

Yang dimaksud itu ialah malu mengerjakan kejahatan atau hal-hal yang tidak sopan menurut pandangan umum. Adapun malu mengerjakan kebaikan, maka amat tercela dan tidak dibenarkan oleh agama.

681. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keimanan itu ada tujuh puluh lebih – tiga sampai sembilan -atau keimanan itu cabangnya ada enam puluh lebih – tiga sampai sembilan. Seutama-utamanya ialah ucapan La ilaha illallah dan serendah-rendahnya ialah menyingkirkan apa-apa yang berbahaya -semacam batu, duri, lumpur, abu kotoran dan Iain-Iain sebagainya -dari jalanan. Sifat malu adalah suatu cabang dari keimanan itu.” (Muttafaq ‘alaih)

682. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu lebih sangat sifat malunya daripada seorang perawan dalam tempat persembunyiannya – yakni perawan yang baru kahwin dan berada dalam biliknya dengan suami yang belum pernah dikenalnya. la amat sangat malu kepada suaminya itu. Jikalau beliau s.a.w. melihat sesuatu yang tidak disenangi, maka kita dapat melihat itu nampak di wajahnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Para alim-ulama berkata: “Hakikat sifat malu itu ialah suatu budi pekerti yang menyebabkan seseorang itu meninggalkan apa-apa yang buruk dan menyebabkan ia tidak mahu lengah untuk menunaikan haknya seseorang yang mempunyai hak.” Kami meriwayatkan dari Abul Qasim al-Junaid rahimahullah, katanya: “Malu ialah perpaduan antara melihat berbagai macam kenikmatan atau kurnia dan melihat adanya kelengahan, lalu tumbuhlah di antara kedua macam sifat yang di atas tadi suatu keadaan yang dinamakan sifat malu.”

Wallahu a’lam.

Nota kaki:

Muka depan

Muka depan

Bab 84

Malu Dan Keutamaannya Dan Menganjurkan Untuk Berakhlak Dengan Sifat Malu Itu

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *