[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 70

Bab 70 – Keutamaan Bergaul Dengan Orang Banyak, Menghadhiri Shalat-shalat Jum’at Dan Jamaah Bersama Mereka Serta Mengunjungi Tempat-tempat Kebaikan Dan Majlis-majlis Zikir, Juga Meninjau Orang Yang Sakit, Menghadiri Janazah-janazah, Membantu Yang Mempunyai Hajat, Menunjukkan Yang Bodoh Dan Lain-lain Yang Termasuk Kemaslahatan Mereka Bagi Orang Yang Kuasa Beramar Ma’ruf Dan Nahi Mungkar. Demikian Pula Mencegah Diri Sendiri Dari Berbuat Menyakiti Serta Sabar Atas Sesuatu Yang Menyakitkan — Yang Menimpa Pada Diri Sendiri

Ketahuilah bahawasanya bercampur – bergaul – dengan orang banyak menurut cara yang saya sebutkan itu adalah yang terpilih dan itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. serta para Nabi Iain-lain shalawatullah wa salamuhu ‘alaihim, begitu juga dilakukan oleh para khulafa’ rasyidun dan orang-orang yang sesudah mereka iaitu dari golongan para sahabat serta para tabi’in dan pula orang-orang yang sesudah mereka dari golongan alim-ulama kaum Muslimin dan orang-orang yang pilihan di antara mereka. Yang sedemikian itu adalah mazhabnya sebahagian besar kaum tabi’in dan orang-orang yang sesudah mereka. Imam as-Syafi’i dan Imam Ahmad serta sebahagian banyak ahli fikih radhiallahu ‘annum juga mengucapkan – berpendapat – sebagaimana yang tersebut di atas itu – yakni lebih baik bergaul dengan para manusia untuk beramar ma’ruf nahi mungkar daripada mengasingkan diri sendiri serta menghindari bergaul.

Allah Ta’ala berfirman:

“Dan tolong menolonglah engkau semua atas kebajikan dan ketaqwaan.” (al-Maidah: 2)

Ayat-ayat yang semakna dengan apa yang saya sebutkan di atas itu amat banyak dan mudah dimaklumi.

Nota kaki:

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *