[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 354

Bab 354 – Haramnya Berkabung — Meninggalkan Berhias — Bagi Seseorang Wanita Atas Meninggalnya Mayat Lebih Dari Tiga Hari, Kecuali Kalau Yang Meninggal Itu Suaminya, Maka Berkabungnya Selama Empat Bulan Sepuluh Hari

1771. Dari Zainab binti Abu Salamah radhiallahu ‘anha, katanya: “Saya masuk ke tempatnya Ummu Habibah, iaitu isterinya Nabi s.a.w. ketika ayahnya iaitu Abu Sufyan bin Harb meninggal dunia. Ummu Habibah meminta harum-haruman – seperti minyak wangi dan sebagainya -yang berwarna kuning kerana keaslian kejadiannya atau kuning kerana lainnya – dengan dicampuri bahan penguning dalam membuatnya. la meminyaki seseorang jariyah – gadis – lalu mengenakannya pada pipinya sendiri, kemudian ia berkata: “Demi Allah, saya sebenarnya tidak memerlukan pada harum-haruman ini, hanya saja saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar: “Tidak halallah bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir itu kalau ia berkabung – dengan meninggalkan berhias dan sebagainya – kerana meninggal seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali kalau yang meninggal dunia itu ialah suaminya, maka berkabungnya itu adalah selama empat bulan sepuluh hari.” Zainab – yang meriwayatkan Hadis ini – berkata lagi: “Selanjut-nya saya pernah masuk ke tempat Zainab binti Jahsy radhiallahu ‘anha ketika saudaranya yang lelaki meninggal dunia. la meminta harum-haruman lalu mengenakan sekadarnya dari harum-haruman itu, kemudian ia berkata: “Sebenarnya, demi Allah saya tidak memerlukan menggunakan harum-haruman ini, hanya saja saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar: “Tidak halallah bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir, kalau ia berkabung – dengan meninggalkan berhias dan sebagainya – kerana meninggalnya seseorang mayat, lebih dari tiga hari, kecuali kalau yang meninggal dunia itu adalah suaminya, maka berkabungnya itu adalah selama empat bulan sepuluh hari.” (Muttafaq ‘alaih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *