[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 346

Bab 346 – Haramnya Mempersambungkan Dalam Berpuasa Iaitu Berpuasa Dua Hari Atau Lebih Dan Tidak Makan Serta Tidak Minum Antara Hari-hari Itu

1761. Dari Abu Hurairah dan Aisyah radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang puasa wishal – iaitu mempersambungkan puasa dua hari atau lebih tanpa berbuka sedikit pun. (Muttafaq ‘alaih)

1762. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. melarang berpuasa wishal – lihat keterangan wishal dalam Hadis

1761. Para sahabat lalu bertanya: “Tetapi sesungguhnya Tuan sendiri juga berpuasa wishal?” Beliau s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya saya ini tidak sama denganmu semua -dalam hal berpuasa wishal ini. Sesungguhnya saya juga diberi makan dan diberi minum.” Maksudnya Allah Ta’ala memberi kekuatan kepada beliau s.a.w. itu seperti orang yang sudah makan dan minum. (Muttafaq ‘alaih) Ini adalah lafaznya Imam Bukhari

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *