[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 334

Bab 334 – Makruhnya Bercakap-cakap Sehabis Shalat Isyak Yang Akhir

Yang dimaksudkan dengan bercakap-cakap sebagaimana di atas itu ialah bercakap-cakap yang sifatnya mubah dalam selain waktu sehabis shalat Isya’ itu, yakni yang mengerjakan atau meninggalkan-nya sama saja – ertinya tidak berpahala dan juga tidak berdosa. Adapun percakapan yang diharamkan atau yang dimakruhkan dalam selain waktu itu, maka jikalau dalam waktu ini – yakni sehabis shalat Isya’ – menjadi lebih-lebih lagi haram dan makruhnya. Tetapi percakapan yang mengenai soal-soal kebaikan semacam ingat-mengingatkan perihal ilmu pengetahuan – keagamaan – atau ceritera-ceritera mengenai orang-orang yang shalih, tentang budi- pekerti luhur ataupun berbicara dengan tamu atau beserta orang yang hendak menyelesaikan keperluannya dan Iain-Iain sebagainya, maka sama sekali tidak ada kemakruhannya, bahkan dapat menjadi disunnahkan.

Demikian pula bercakap-cakap kerana ada sesuatu keuzuran – yakni kepentingan – dan sesuatu yang datang mendadak, juga tidak dimakruhkan. Sudah jelaslah Hadis-hadis yang shahih dalam menghuraikan soal-soal sebagaimana yang saya sebutkan di atas.

1743. Dari Abu Barzah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu tidak suka tidur sebelum melakukan shalat Isya’ dan juga tidak suka bercakap-cakap sehabis melakukan shalat Isya’ itu. (Muttafaq ‘alaih)

1744. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersembahyang Isya’ pada akhir hayatnya, lalu setelah bersalam beliau s.a.w. bersabda: “Adakah engkau semua mengetahui malam hari mu ini. Sesungguhnya pada pangkal seratus tahun lagi tidak seorang pun yang tertinggal dari golongan orang yang ada di atas permukaan bumi pada hari ini – yakni di kalangan para sahabat dan manusia yang Iain-Iain.” (Muttafaq ‘alaih)

Keterangan: Apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. di atas adalah menjadi kenyataan ketika wafatnya sahabat beliau s.a.w. yang terakhir iaitu Abu ththufail yakni ‘Amir bin Wailah. la wafat pada tahun110 H iaitu pangkal seratus tahun dari ketika beliau s.a.w. menyabdakan Hadis di atas. Hadis di atas menunjukkan bolehnya bercakap-cakap sehabis shalat Isya’, kerana berhubungan dengan mempelajari ilmu pengetahuan.

1745. Dari Anas r.a. bahawasanya para sahabat sama menantikan Nabi s.a.w. – untuk shalat Isya’, lalu beliau s.a.w. datang kepada mereka hampir-hampir di pertengahan malam, kemudian bersembahyanglah beliau bersama mereka – yakni shalat Isya’ itu. Anas r.a. berkata: “Selanjutnya beliau berkhutbah – yakni memberi penerangan – kepada kita, sabdanya: “Ingat, bahawasanya para manusia – yang Iain-Iain – sudah sama bersembahyang kemudian tidur, sedangkan engkau semua tetap dianggap seperti dalam bersembahyang, selama engkau semua menantikan dikerjakannya shalat itu.” (Riwayat Bukhari)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *