[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 232

Bab 232 – Kitab I’tikaf – I’tikaf

1265. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu mengerjakan i’tikaf pada sepuluh hari yang penghabisan dari bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘alaih)

1266. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahawasanya Nabi s.a.w. mengerjakan i’tikaf pada sepuluh hari penghabisan dari bulan Ramadhan, sehingga Allah ‘Azzawajalla mematikannya, kemudian beri’tikaflah para isteri beliau s.a.w. itu sesudahnya.” (Muttafaq ‘alaih)

1267. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Nabi s.a.w. itu mengerjakan i’tikaf dalam setiap bulan Ramadhan sebanyak sepuluh hari. Ketika pada tahun beliau s.a.w. dicabut ruhnya – yakni tahun wafatnya, maka beliau s.a.w. mengerjakan i’tikaf sebanyak dua puluh hari.” (Riwayat Bukhari)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *