[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 229

Bab 229 – Sunnahnya Berpuasa Pada Hari Isnin Dan Khamis

1252. Dari Abu Qatadah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari Isnin, lalu beliau s.a.w. bersabda:

“Itu adalah hari yang saya dilahirkan di dalamnya dan hari yang saya diangkat sebagai Rasul atau hari yang pada saya diturunkan al-Quran.” (Riwayat Muslim)

1253. Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. katanya: “Ditunjukkanlah amalan-amalan itu – oleh para malaikat kepada Allah Ta’ala – pada hari Isnin dan Khamis, maka saya senang jikalau amalanku itu ditunjukkan, sedang saya dalam keadaan berpuasa.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan, Hadis ini diriwayatkan pula oleh Imam Muslim, tanpa menyebutkan berpuasa

1254. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. berusaha keras untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis – kerana besarnya keutamaan yang terdapat di dalamnya.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *