[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 224

Bab 224 – Berbagai masalah Dalam Puasa

1239. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Apabila seseorang di antara engkau semua lupa – bahawa ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya – yakni hal itu tidak membatalkan puasanya, kerana sesungguhnya Allah itulah yang memberinya makan dan pula minumnya.” (Muttafaq ‘alaih)

1240. Dari Laqith bin Shabirah r.a., katanya: “Saya berkata: “Ya Rasulullah, beritahukanlah padaku perihal berwudhu’.” Beliau S.a.w. bersabda: “Sempurnakanlah wudhu’ itu, sela-selailah dengan air antara jari-jari, persangatkanlah menghirup air dalam hidung, melainkan jikalau engkau dalam keadaan berpuasa. “Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1241. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. dicapai oleh fajar – yakni didahului oleh menyingsingnya fajar, sedang beliau s.a.w. dalam keadaan berjanabat kerana berkumpul dengan isterinya, lalu beliau s.a.w. mandi dan terus berpuasa.” (Muttafaq ‘alaih)

1242. Dari Aisyah dan Ummu Salamah radhiallahu ‘anhuma berkata: “Rasulullah s.a.w. berpagi-pagi dalam keadaan berjanabat, bukannya kerana bermimpi – maksudnya kerana berkumpul dengan isterinya, kemudian beliau berpuasa.” (Muttafaq ‘alaih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *