[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 219

Bab 219 – Larangan Mendahului Ramadhan Dengan Puasa Sesudah Pertengahan Sya’ban, Melainkan Bagi Orang Yang Mempersambungkan Dengan hari-hari Yang Sebelumnya Atau Tepat Pada Kebiasaan Yang Dilakukannya, Misalnya Bahawa Kebiasaannya Itu ialah Berpuasa Hari Isnin Dan Khamis Lalu Bertepatan Dengan Itu

1221. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Janganlah seseorang di antara engkau semua itu mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, kecuali kalau seseorang itu biasa berpuasa tepat hari puasanya, maka hendaklah ia berpuasa pada hari itu.” (Muttafaq ‘alaih)

1222. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah engkau semua berpuasa sebelum Ramadhan. Berpuasalah Ramadhan itu kerana melihat – yakni rukyah – bulan dan berbukalah kerana melihat bulan. Apabila terhalang di balik bulan itu oleh awan, maka sempurnakanlah hitungan tiga puluh hari.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1223. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Sya’ban, maka janganlah engkau berpuasa.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1224. Dari Abulyaqzhan, iaitu ‘Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anhuma, katanya:

“Barangsiapa yang berpuasa pada hari yang diragu-ragukanlah hari itu – yakni apakah masih Sya’ban atau kah sudah masuk hari Ramadhan, maka ia telah bermaksiat dengan Abul Qasim – yakni Nabi Muhammad s.a.w.”

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi, dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *