[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 218

Bab 218 – Dermawan Dan Melakukan Kebaikan Serta Memperbanyak Kebagusan Dalam Bulan Ramadhan Dan Menambahkan Amalan Itu Dari Yang Sudah-sudah Apabila Tiba Sepuluh Hari Terakhir Dari Ramadhan Itu

1219. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. itu adalah sedermawan-dermawannya para manusia dan lebih-lebih lagi kedermawaannya itu ialah dalam bulan Ramadhan ketika ditemui oleh Jibril. Jibril itu menemui beliau s.a.w. pada setiap malam bulan Ramadhan lalu membacakan al-Quran padanya. Maka nescayalah Rasulullah s.a.w. itu, ketika ditemui oleh Jibril, adalah lebih dermawan dalam memberikan kebaikan daripada angin yang dilepaskan tiupannya.” (Muttafaq ‘alaih)

1220. Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. apabila telah masuk sepuluh hari – yang terakhir dari Ramadhan -maka beliau s.a.w. menghidupkan malamnya – dengan memperbanyakkan amalan ibadatnya, juga membangunkan isterinya – agar ikut memperbanyak amalannya – serta mengeraskan ikat pinggang-nya – yakni sebagai kata kinayah bahawa beliau s.a.w. menjauhi untuk berkumpul dengan isterinya.” (Muttafaq ‘alaih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *