[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 203

Bab 203 – Shalat Sunnah Jumaat

Dalam bab ini termasuklah Hadisnya Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma yang lalu – lihat Hadis no. 1095 – yang menyebutkan bahawasanya ia bersembahyang bersama Nabi s.a.w. dua rakaat sesudah shalat Jum’ah. (Muttafaq ‘alaih)

1123. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jikalau engkau semua bersembahyang Jum’ah, maka hendaklah sesudahnya itu bersembahyang sunnah empat rakaat.” (Riwayat Muslim)

1124. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. itu tidak bersembahyang sesudah Jum’ah sehingga pulang, kemudian beliau s.a.w. bersembahyang dua rakaat di rumahnya.” (Riwayat Muslim)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *