[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 177

Bab 177 – Apa Yang Diucapkan Apabila Seseorang Musafir Itu Telah Kembali Dan Apabila Telah Melihat Negerinya

Dalam bab ini termasuklah Hadis Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma yang terdahulu mengenai bab takbirnya seorang musafir jikalau menaiki gunung-gunung atau tempat-tempat yang tinggi.

984. Dari Anas r.a., katanya: “Kita datang – dari perjalanan – bersama Nabi s.a.w.,sehingga di waktu kita sudah berada di luar kota Madinah, lalu beliau s.a.w. mengucapkan – yang ertinya: “Kita semua telah kembali, kita semua bertaubat – kepada Allah, menyembah serta mengucapkan puji-pujian kepada Tuhan kita.” Beliau s.a.w. tidak henti-hentinya mengucapkan sedemikian itu, sehingga kita datang di Madinah.” (Riwayat Muslim)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *