[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 176

Bab 176 – Sunnahnya Datang Di Tempat Keluarganya Di Waktu Siang Dan Makruhnya Datang Di Waktu Malam, Jikalau Tidak Ada Keperluan Penting

982. Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jikalau seseorang di antara engkau semua itu telah lama tidak ada-yakni lama dalam berpergian, maka janganlah datang di tempat keluarganya di waktu malam. “Dalam riwayat lain disebutkan: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu melarang kalau seseorang lelaki itu datang di tempat keluarganya- dari berpergian – di waktu malam.” (Muttafaq ‘alaih)

983. Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah datang di tempat keluarganya di waktu malam. Beliau s.a.w. datang di tempat mereka di waktu pagi atau petang.” (Muttafaq ‘alaih)

Aththuruq ialah datang di waktu malam.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *