[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 167

Bab 167 – Sunnahnya Mencari Kawan ~ Dalam Berpergian — Dan Mengangkat Seorang Di Antara Yang Sama-sama Pergi Itu Sebagai Pemimpin Mereka Yang Harus Diikuti Oleh Peserta-peserta Perjalanan Itu

955. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma.katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:”Andaikata para manusia itu mengetahui – bencana-bencana keduniaan dan keakhiratan – dengan sebab bepergian sendirian sebagaimana yang dapat saya ketahui, niscayalah tidak akan ada seorang pengendara yang pergi di waktu malam sendirian saja.” (Riwayat Bukhari)

956. Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari nenek lelakinya r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Seorang yang berkenderaan sendirian – maksudnya pergi seorang diri tanpa kawan – adalah seperti cara perginya syaitan, dua orang yang berkenderaan – yakni pergi berduaan – adalah seperti cara perginya dua syaitan, sedang tiga orang yang sama-sama berpergian adalah sepasukan dalam perjalanan,” yang dapat bantu-membantu dan ini adalah baik serta tidak seperti cara perginya syaitan.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud, Termidzi dan Nasa’i dengan isnad-isnad shahih dan Imam Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

* Orang yang berkenderaan atau bahasa Arabnya Arrakib, menurut asalnya bererti orang yang menaiki unta, tetapi lalu digunakan secara umum untuk setiap orang yang pergi berkenderaan. Maksud Hadis ini ialah bahawasanya menyendiri di waktu berpergian itu adalah termasuk kelakuan syaitan atau merupakan sesuatu yang menyebabkan mudah digoda oleh syaitan itu. Jadi Hadis ini adalah sebagai anjuran, agar supaya dalam berpergian itu senantiasa berkawan dengan orang lain, sedikitnya berjumlah tiga orang.

957. Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jikalau ada tiga orang yang keluar dalam berpergian, maka hendaklah mereka mengangkat seseorang di kalangan mereka sendiri itu untuk menjadi pemimpinnya.”

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan.

958. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Sebaik-baik sahabat itu empat orang, sebaik-baik pasukan itu ialah empat ratus orang, sebaik-baik tentrra – induk pasukan – itu ialah empat ribu orang dan jumlah dua belas ribu orang itu tidak akan terkalahkan dengan sebab sedikitnya.” Jadi kalau kalah, tentulah kerana Iain-Iain, seperti timbulnya kesombongan, lembiknya semangat atau sebab-sebab lain lagi.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *