[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 166

Bab 166 – Kitab Adab-adab Kesopanan Berpergian, Sunnahnya Keluar Pada Hari Khamis Dan Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari

953. Dari Ka’ab bin Malik r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. keluar pada hari peperangan Tabuk pada hari Kamis. Beliau s.a.w. itu memang suka sekali keluar berpergian pada hari Khamis. (Muttafaq ‘alaih) Dalam riwayat kedua kitab shahih Bukhari dan Muslim disebutkan:

“Niscayalah sedikit sekali -yakni jarang benar- Rasulullah s.a.w. itu keluar berpergian, melainkan pada hari Khamis.”

954. Dari Shakhr bin Wada’ah al-Ghamidi as-Shahabi r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ya Allah, berikanlah keberkahan kepada ummatku pada waktu pagi harinya.”

Rasulullah s.a.w. apabila hendak mengirimkan suatu pasukan -yang beliau s.a.w. sendiri tidak menyertainya – atau hendak mengirimkan tentera – untuk peperangan, maka beliau s.a.w. mengirimkannya – yakni diberangkatkan – di permulaan siang hari -jadi pagi-pagi sekali.

Shakhr adalah seorang pedagang. la mengirimkan dagangannya itu selalu di permulaan siang hari, maka menjadi kayalah ia dan meluaplah serta banyaklah hartanya.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *