[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 162

Bab 162 – Sedekah Untuk Mayat Dan Mendoakan Padanya

Allah Ta’ala berfirman:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu – yakni yang datang sesudah orang-orang yang dahulu – sama mengucapkan: “Ya Tuhan kita, ampunilah kita semua serta saudara-saudara kita yang telah mendahului kita dengan keimanan,” (al-
Hasyr:10)

945. Dari Aisyah radhiallahu anha bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya ibuku itu meninggal dunia secara mendadak dan saya mengira andaikata ia dapat berbicara tentu ia akan bersedekah. Adakah ibuku akan memperolehi pahala jikalau saya bersedekah untuknya?” Beliau s.a.w. bersabda: “Ya.” (Muttafaq ‘alaih)

946. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jikalau seseorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara, iaitu sedekah yang mengalir atau ilmu pengetahuan yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih-lagi Muslim-yang mendoakan padanya.” (Riwayat Muslim)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *