[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 160

Bab 160 – Memberikan Nasihat Di Kubur

942. Dari Ali r.a., katanya: “Kita semua sedang menghantarkan seorang janazah ke makam Baqi’ al-Gharqad, lalu kita didatangi oleh Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. duduk dan kita pun duduk di sekelilingnya. Beliau s.a.w. membawa sebuah tongkat – yang lengkung kepalanya – lalu beliau menundukkan kepalanya dan mulai membuat garis-garis halus – di bumi – dengan tongkatnya itu. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang pun dari engkau semua itu, melainkan sudah ditentukan tempat duduknya dari neraka dan tempat duduknya dari syurga.” Para sahabat lalu berkata: “Ya Rasulullah, apakah kita tidak boleh menyandarkan diri kita pada catatan kita itu?” Beliau s.a.w. menjawab: “Beramallah, kerana setiap orang itu dipermudahkan jalannya untuk apa yang ia diciptakan untuknya” – maksudnya ialah jikalau memang ditakdirkan baik, maka mudah sekali orang itu melakukan kebaikan, sedang jikalau ditakdirkan buruk, maka mudah pula melakukan keburukan. Selanjutnya Ali r.a. menyebutkan Hadis ini sampai habis. (Muttafaq ‘alaih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *