[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 146

Bab 146 – Sunnahnya Menanyakan Kepada Keluarga Orang Yang Sakit Tentang Keadaan Si Sakit Itu

907. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Ali bin Abu Thalib r.a. keluar dari sisi Rasulullah s.a.w. di waktu sakit beliau s.a.w. yang menyebabkan kematiannya, lalu orang-orang sama bertanya: “Hai Abulhasan – Pak Hasan, sebab Ali r.a. mempunyai anak yang namanya al-Hasan, bagaimanakah keadaan Rasulullah s.a.w.?” Kemudian Ali r.a. menjawab: “Beliau sembuh dengan puji-pujian Allah.” Ali r.a. selalu ditanya, sebab memang keluarganya iaitu sebagai saudara sepupu dan pula menjadi menantu beliau s.a.w. Ada pun ucapannya: “sembuh” itu hanyalah menurut perkiraannya sendiri saja dan pula untuk menggembirakan hati para sahabat, padahal sebenarnya itulah sakit yang membawa kematian beliau s.a.w. (Riwayat Bukhari)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *