[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 141

Bab 141 – Menerangkan Bahawa Sunnah Hukumnya Apabila Kepada Orang Yang Meminta Izin Ditanyakan: “Siapakah Engkau? Supaya Mengucapkan “Fulan” Dengan Menyebut Nama Dirinya Yang Mudah Dimaklumi, Baik Nama Sendiri Atau Nama Kunyahnya Dan Kemakruhannya Mengucapkan: “Saya” Dan Yang Seumpamanya

871. Dari Anas r.a. dalam Hadisnya yang masyhur mengenai ceritera isra’, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kemudian Jibril naik dengan saya ke langit dunia, lalu ia meminta supaya dibukakan pintu. la lalu ditanya: “Siapakah ini?” la menjawab: “‘Jibril.” Ditanya: “Siapakah yang beserta anda?” la menjawab: “Muhammad.” Selanjutnya ia naik lagi ke langit yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. la ditanya pada tiap-tiap pintu langit: “Siapakah ini?” la menjawab: “Jibril.” (Muttafaq ‘alaih)

872. Dari Abu Zar r.a., katanya: “Saya keluar pada suatu malam dari beberapa malam, tiba-tiba nampak Rasulullah s.a.w. sedang berjalan sendirian. Saya terus berjalan di bawah bayangan bulan, lalu beliau s.a.w. menoleh lalu bertanya: “Siapakah ini?” Saya menjawab: “Abu Zar.” (Muttafaq ‘alaih)

873. Dari Ummu Hani’ radhiallahu ‘anha, katanya: “Saya mendatangi Nabi s.a.w. dan beliau s.a.w. sedang mandi dan Fathimah menutupinya, lalu beliau bertanya: “Siapakah ini?” Saya menjawab: Ummu Hani’. (Muttafaq ‘alaih)

874. Dari Jabir r.a., katanya: “Saya mendatangi Nabi s.a.w. lalu saya mengetuk pintu, kemudian beliau s.a.w. bertanya: “Siapakah ini?” Lalu saya menjawab: “Saya.” Kemudian beliau mengucapkan: “Saya, saya,” seolah-olah beliau membenci jawapan yang sedemikian itu.” (Muttafaq ‘alaih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *