[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 139

Bab 139 – Sunnahnya Memberikan Salam jikalau Berdiri Meninggalkan Majlis Dan Memisahkan Diri Kepada Kawan-kawan Duduknya, Banyak Ataupun Seorang

866. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jikalau seseorang dari engkau semua berhenti pada sesuatu majlis-sudah tidak akan masuk ke tempat yang lebih depan lagi serta sudah akan duduk, maka hendaklah mengucapkan salam juga apabila ia hendak berdiri – meninggalkan majlis, maka hendaklah mengucapkan salam pula – setelah ia tegak berdiri. Tidaklah ucapan salam yang pertama – yakni sewaktu mulai datang – itu lebih berhak -yakni lebih perlu dilakukan – daripada yang kedua – apabila hendak meninggalkan.”

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *