[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 138

Bab 138 – Haramnya Kita Memulai Bersalam Kepada Orang-orang Kafir Dan Caranya Menjawab Salam Kepada Mereka Dan Sunnahnya Mengucapkan Salam Kepada Orang-orang Yang Ada Di Dalam Majlis Yang Di Antara Mereka Ada Kaum Muslimin Dan Kaum Kafirin

863. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah memulai mengucapkan salam kepada orang Yahudi dan jangan pula kepada orang Nasrani. Maka jikalau engkau semua bertemu dengan salah seorang di antara mereka itu – yakni orang Yahudi atau Nasrani- pada suatu jalanan, maka paksakanlah kepada mereka itu untuk melalui yang tersempit dari jalan itu.” (Riwayat Muslim)

864. Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jikalau ada golongan ahlulkitab – iaitu orang Yahudi atau Nasrani – memberi salam kepadamu semua, maka ucapkanlah: Wa’alaikum.” (Muttafaq ‘alaih)

865. Dari Usamah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. berjalan melalui suatu majlis – pertemuan, yang di dalamnya terdapat berbagai campuran antara kaum Muslimin dan kaum musyrikin iaitu para penyembah berhala dan ada pula orang Yahudi, lalu Nabi s.a.w. memberikan salam kepada mereka.” (Muttafaq ‘alaih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *