[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 128

Bab 128 – Bolehnya Bertelentang Atas Tengkuk Leher, juga Meletakkan Salah Satu Dari Kedua Kaki Jikalau Tidak Dikhuatirkan Terbukanya Aurat Dan Bolehnya Duduk Dengan Bersila Dan Duduk Ihtiba’ — Yakni Duduk Berjongkok Sambil Membelitkan Sesuatu Dari Pinggang Ke Lutut Atau Tangannya Merangkul Lutut

817. Dari Abdullah bin Zaid r.a. bahawasanya ia melihat Rasulullah s.a.w. bertelentang di masjid sambil meletakkan salah satu dari kedua kakinya di atas kaki yang lain.” (Muttafaq ‘alaih)

818. Dari Jabir bin Samurah radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Nabi s.a.w. itu apabila telah bersembahyang fajar – yakni shalat subuh – lalu beliau duduk bersila di tempat duduknya sehingga terbitnya matahari yang putih indah sinarnya.”

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan lain-lainnya dengan beberapa isnad yang shahih

819. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. ada di halaman Ka’bah sambil duduk ihtiba’ – pantat di tanah dan kedua betis ditegakkan – dengan kedua tangannya – yakni dengan merangkulkan kedua tangannya pada lutut, demikian.” Ibnu Umar menjelaskan dengan kedua tangannya cara duduk ihtiba’ Nabi s.a.w. iaitu semacam berjongkok. (Riwayat Bukhari)

820. Dari Qailah binti Makhramah radhiallahu ‘anha, katanya: Saya melihat Nabi s.a.w. dan beliau sedang duduk berjongkok. Setelah saya melihat Rasulullah s.a.w. yang amat tenang dalam duduknya itu, lalu saya berdebar-debar kerana ketakutan – kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi.” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi.

821. Dari as-Syirrid bin Suwaid r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. berjalan melalui saya dan saya sedang duduk demikian, iaitu saya meletakkan tangan saya sebelah kiri di belakang punggungku dan saya bersandar pada hujung tanganku, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Adakah engkau ini duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimarahi – yakni cara duduknya orang Yahudi?” (Riwayat Abu Dawud dengan isnad shahih)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *