[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 125

Bab 125 – Apa Yang Diucapkan Jikalau Mengenakan Pakaian Baru, Terompah Dan Sebagainya

810. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu apabila mengenakan pakaian baru, maka beliau memberikan nama dengan nama yang dikhususkan untuknya, baikpun berupa sorban, gamis atau pun selendang. Beliau s.a.w. sesudah mengenakannya itu lalu mengucap – yang ertinya:

“Ya Allah, segenap puji adalah bagiMu. Engkau telah memberikan pakaian ini padaku. Saya memohonkan akan kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang dibuat untuk pakaian ini serta saya mohon perlindungan padaMu dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang dibuat untuk pakaian ini.”

Diriwayatkan Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *