[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 122

Bab 122 – Haramnya Berpakaian Sutera Untuk Kaum Lelaki, Haramnya Duduk Di Atasnya Atau Bersandar Padanya Dan Bolehnya Mengenakannya Untuk Kaum Wanita

801. Dari Umar bin al-Khaththab r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah engkau semua mengenakan pakaian sutera, kerana sesungguhnya orang mengenakannya di dunia ini, maka ia tidak akan mengenakannya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

802. Dari Umar bin al-Khaththab r.a. pula, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hanyasanya yang mengenakan pakaian sutera ialah orang yang tidak mempunyai bahagian untuknya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Imam Bukhari disebutkan: “Orang yang tidak mempunyai bahagian untuknya – dalam hal kenikmatan – di akhirat.”

803. Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang mengenakan pakaian sutera di dunia, maka ia tidak akan mengenakannya di akhirat nanti.” (Muttafaq ‘alaih)

804. Dari Ali r.a., katanya: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengambil sutera lalu meletakkannya di tangan kanannya, juga mengambil emas lalu meletakkannya di tangan kirinya, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya dua macam benda ini diharamkan atas kaum lelaki dari ummatku.” (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

805. Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Diharamkanlah mengenakan pakaian sutera dan emas atas kaum lelaki dari ummatku dan dihalalkan untuk kaum wanitanya.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

806. Dari Hudzaifah r.a., katanya: “Nabi s.a.w. melarang kita semua minum dari wadah yang terbuat dari emas dan perak, juga makan daripadanya dan melarang pula mengenakan pakaian sutera tipis dan tebal ataupun duduk di atasnya.” (Riwayat Bukhari)

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *