[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 120

Bab 120 – Sunnahnya Meninggalkan Yang Tinggi-tinggi — Yakni Yang Terlampau Indah — Dalam Hal Pakaian Kerana Maksud Merendahkan Diri

Dalam bab Keutamaan lapar dan mengenakan yang kasar-kasar dalam kehidupan sudah dihuraikan lebih dulu beberapa keterangan yang berhubungan dengan bab ini.

799. Dari Mu’az bin Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang meninggalkan – keindahan – pakaian kerana maksud merendahkan diri kepada Allah, padahal ia berupaya untuk menggunakannya, maka ia akan dipanggil oleh Allah pada hari kiamat dengan disaksikan oleh kepala sekalian makhluk – yakni di hadapan orang banyak, sehingga Allah akan menyuruhnya supaya memilih pakaian apa saja yang ia ingin mengenakannya dari berbagai pakaian keimanan.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *