[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 113

Bab 113 – Kemakruhan Meniup Dalam Minuman

762. Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. melarang meniup dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: “Ada kotoran mata yang saya lihat di dalam wadah itu.” Beliau s.a.w. bersabda: “Alirkanlah – sehingga kotoran itu hilang.” Orang itu berkata lagi: “Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu – dan bernafaslah di luar wadah.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

763. Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. melarang kalau ditarik nafas dalam wadah – waktu minum – atau ditiupkan di dalamnya.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Nota kaki:

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *