[ UIC 14 ] – Tazkiyatun Nufus 108

Bab 108 – Kemakruhan Makan Sambil Bersandar

743. Dari Abu Juhaifah iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya tidak akan makan sambil bersandar – muttaki’.” (Riwayat Bukhari)

Al-Khaththabi berkata: Almuttaki’ di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada kasur yang diletakkan di bawahnya.” Katanya: “Orang itu bukannya berkehendak akan duduk di atas kasur atau bantal-bantal seperti kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi ia duduk sambil gelisah duduknya dan tidak tenang, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah yang diucapkan oleh al-Khaththabi.

Selain al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki’ ialah orang yang miring duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a’lam.

744. Dari Anas r.a., katanya: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk berjongkok.” (Riwayat Muslim)

Almuq’i atau duduk berjongkok itu ialah merapatkan kedua pantatnya di bumi dan mendirikan kedua betisnya.

Nota kaki:

 

والله أعلمُ بالـصـواب

Download Sumber

 

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *